Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

203 orang sertai seminar isu penguatkuasaan industri pelancongan Sabah 2016

3:57pm 16/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan

 

Ahmad Zaki (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Masidi (tengah) sempena Seminar isu penguatkuasaan industri pelancongan di negeri Sabah 2016, disini, hari ini

Ahmad Zaki (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Masidi (tengah) sempena Seminar isu penguatkuasaan industri pelancongan di negeri Sabah 2016, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Seramai 203 orang yag terdiri daripada penggiat industri pelancongan menyertai Seminar Isu Penguatkuasaan Industri Pelancongan Negeri Sabah 2016, hari ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, seminar itu bertujuan untuk memaklumkan mengenai isu- isu terkini berhubung industri pelancongan kepada para pemain industri.

” Seminar pada kali ini membincangkan isu- isu penguatkuasaan industri pelancongan di Sabah… Pada masa kini, kita seeing kali menghadapi pelbagai permasalahan berkaitan undang- undang,” katanya semasa sidang akhbar disini, disini, hari ini.

Beliau berkata isu utama yang dihadapi industri pelancongan dinegeri ini ialah isu pengendalian kenderaan pelancongan yang tidak mempunyai permit sah (van putih)

Jelasnya, isu ‘van putih’ akan menjejaskan industri pelancongan Sabah, terutamanya jika berlaku kemalangan melibatkan pelancong asing.

” Jika berlakunya kemalangan, para pengguna pengangkutan ‘van putih’ tidak akan mendapatkan sebarang pampasan daripada syarikat insurans,”katanya.

Selain itu, Masidi turut mengajak pengusaha pelancongan haram dan sukar untuk mendapatkan lesen agar berbincang dengan beliau bagi menyelesaikan masalah tersebut.

” Saya ikhlas membantu… Dengan memberi bantuan kepada anda, ia sekaligus dapat membantu perkembangan industri pelancongan di negeri ini,”katanya.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan