Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2017 tahun merakyatkan jabatan kerajaan- Rahim

9:59am 05/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 32 views Tempatan

Rahim (dua dari kiri) melihat salah satu produk yang dipamerkan agensi terlibat dalam Program Mobile CTC.

PAPAR: Tahun 2017 adalah tahun merakyatkan jabatan kerajaan sejajar dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail berkata penyampaian perkhidmatan kepada rakyat merupakan fokus kerajaan bermula tahun ini.

“Sabah khususnya berdepan dengan cabaran memberi khidmat kerajaan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Sehubungan itu, Program Mobile Community Transformation Center (CTC) merupakan antara usaha kita dalam mengatasi kekangan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Mobile CTC Daerah Papar di Dewan Masyarakat Papar, kelmarin.

Selain itu, Rahim turut menyampaikan sumbangan tabung pendidikan ‘Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)’ kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pembukaan akaun tersebut yang memberi manfaat kepada 600 murid tahun satu sesi 2017 kawasan Dewan Undang Negeri (DUN) Pantai Manis Papar.

Hadir sama Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin; Pegawai Daerah Papar Adnan Atin.

Program tersebut anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah bersama 49 jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan utama kerajaan seperti memproses permohonan Mykad, memperbaharui lesen, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.-Penerangan

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan