Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2016 merupakan tahun yang mencabar- Musa

4:47pm 07/03/2016 Leolerry Lajius 72 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (tengah) bersama pemimpin dan penjawat awam yang hadir pada majlis tersebut.-Gambar Oleh JKM

Musa (tengah) bersama pemimpin dan penjawat awam yang hadir pada majlis tersebut.-Gambar Oleh JKM

KOTA KINABALU: Tahun 2016 tentunya lebih mencabar dengan kelembapan ekonomi global yang turut memberikan impak kepada negara pada keseluruhannya. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan terus mengamalkan dasar perbelanjaan yang berhemat untuk mengekalkan kestabilan kewangan negeri.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, dalam mendepani situasi ini kerjasama dari semua pihak termasuklah warga perkhidmatan awam  untuk meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan, kecekapan pengurusan kewangan, pengurusan hasil, sumber dan perkhidmatan agar  dapat terus memacu pembangunan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri akan melaksanakan dua keutamaan bagi mengharungi cabaran tahun 2016 ini iaitu mengoptimakan perbelanjaan kerajaan mengikut keutamaan iaitu terhadap program yang boleh  mendatangkan hasil atau kesan yang besar kepada setiap ringgit yang kita belanjakan, dan bukanlah bermaksud memotong atau mengurangkan pebelanjaan.

“Kita juga akan memikirkan langkah   bagaimana  boleh menggunakan daya fikiran kita supaya lebih kreatif dan inovatif bagi meningkatkan produktiviti yang merujuk kepada  bagaimana kita boleh menambahkan usaha tanpa perlu bekerja keras atau menambah waktu bekerja tetapi menggunakan minda kita untuk berfikir mencari penyelesaian yang lebih inovatif dan kreatif,” katanya.

Menurut beliau lagi,  sumber hasil utama negeri boleh dipertingkatkan sekiranya dapat diurus dan mempelbagaikan potensi sektor pelancongan, sektor pembuatan, sektor pertanian  yang menjadi asas kepada ekonomi negeri, serta sektor-sektor lain seperti bio-diversiti, bio-Mass, akuakultur, perladangan, penternakan moden dan sebagainya.

“Baru-baru ini Perdana Menteri telah melancarkan ‘Sabah and Sarawak Bio-Mass Industry Development Plan’ yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab utama pemprosesan Bio-Mass di rantau Asia Tenggara ini, dan sudah tentu Negeri Sabah akan menjadi peneraju utama dalam sektor ini kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena, majlis perhimpunan perdana bersama anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, di sini, pagi tadi.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 1,300 penjawat awam negeri dan persekutuan (Negeri 700, Persekutuan 600) dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pegawai-pegawai kanan agensi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan