Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

200,000 kad hari guru mula diedarkan hari ini

9:37pm 10/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 82 views Tempatan,YB Datuk Siringan Gubat
TERBAIK... Siringan (barisan hadapan, dua dari kiri) bersama para guru besar dan pengetua sekolah memegang lukisan para pemenang pertandingan melukis kad hari guru 2016.

TERBAIK… Siringan (barisan hadapan, dua dari kiri) bersama para guru besar dan pengetua sekolah memegang lukisan para pemenang pertandingan melukis kad hari guru 2016.

KOTA KINABALU- Sebanyak 50 buah karya pelajar-pelajar sekolah dari seluruh negeri terpilih sebagai lukisan cemerlang sempena pertandingan melukis kad hari guru kali ke-12.

Menurut Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat, pertandingan ini bertujuan untuk mengingat jasa para guru- guru disamping mencungkil bakat para pelajar untuk melukis atau melakar dengan menggunakan teknologi.

“Pertandingan seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama antara guru- guru dan para pelajar.. Hubungan yang baik antara kedua- dua pihak dapat memberi banyak manfaat terutamanya dari segi pembelajaran dan pengajaran para pelajar,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena pengumuman nama- nama para pemenang pertandingan melukis kad hari guru 2016, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau turut berkata sebanyak 200,000 keping kad yang bercetak karya para pemenang akan diedarkan ke semua sekolah seluruh negeri bermula pada hari ini.

Tambahnya, penyampaian hadiah kepada semua para pemenang dijangka akan berlansung pada bulan Ogos, tahun ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Guru-Guru Cina Sabah merangkap Pengerusi Persatuan Guru- Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Cina (SJK (C)) Sabah, Datuk Eng Thiam Leong.

Menurut Eng, sebanyak 1148 karya mengikuti pertandingan pada kali ini dan telah dipecahkan kepada 10 kategori yang berlainan.

Diantaranya, Lukisan Tahap I SJKC, Lukisan Tahap II SJKC, Melukis Dengan Komputer Tahap I SJKC, Melukis Dengan Komputer Tahap II SJK , Lukisan Tahap I Sekolah Rendah (SK) / Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Lukisan Tahap II SK/SRK, Melukis Dengan Komputer Tahap I SK/SRK, Melukis Dengan Komputer Tahap II SK/SRK, Lukisan Sekolah Menengah, Melukis Dengan Komputer Sekolah Menengah.

Menurut beliau, terdapat 25 jenis kad hari guru dengan lukisan yang berbeza akan diedarkan kepada semua sekolah.

“Ini bermakna pada setiap kad hari guru itu, terdapat dua karya lukisan yang berbeza,”ujarnya. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan