Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20,000 meriahkan Rumah Terbuka Ketua Menteri, Menteri Kabinet Negeri

Warna warni Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri dan Menteri Kebinet Negeri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu. -  foto ihsan JKM
Warna warni Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri dan Menteri Kebinet Negeri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu. – foto ihsan JKM

KOTA KINABALU – Lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan jemaah menteri Kabinetnya di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di sini hari ini.

 

Tetamu kehormat, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said dan isteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

 

Rumah terbuka Aidilfitri itu yang bermula pada pukul 10 pagi turut dihadiri Menteri-menteri Kabinet dan Pembantu Menteri selain ketua dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN). – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan