Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2,000 komando buru Santoso

10:59am 25/01/2016 Pak Roshan 3281 views Global
GAMBAR fail menunjukkan Santoso (tengah) diapit dua pengikutnya.

GAMBAR fail menunjukkan Santoso (tengah) diapit dua pengikutnya.

Poso: Lebih 1,000 anggota pasukan elit tentera Indonesia tiba di Poso, Sulawesi Tengah semalam, dalam usaha mengepung hutan di kawasan itu untuk menangkap militan paling dikehendaki Indonesia dan anggota kumpulannya.

Mereka yang terdiri daripada anggota Batalion Peninjau Amfibi Tentera Laut dan Unit Khas Penyelam tiba awal pagi dengan kapal KRI Banjarmasin dari Surabaya, Jawa Timur.

Selepas berhimpun di markas Batalion Sintuwu Maroso, anggota berkenaan dikerah ke beberapa lokasi untuk memburu Santoso, ketua kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT).

Kira-kira 800 anggota pasukan khas tentera (Kopassus) juga tiba di lapangan terbang Mutiara di Palu dengan dua pesawat Hercules kelmarin.

Pihak berkuasa melarang wartawan membuat liputan mengenai ketibaan pasukan keselamatan itu.

Pengerahan pasukan khas itu sebahagian daripada Operasi Tinombala 2016 yang dilancarkan kerajaan, menggabungkan polis dan tentera, bertujuan menangkap kira-kira 45 anggota MIT, kata pemerintah operasi dan juga Ketua Polis Sulawesi Tengah Brigadier Jeneral Adham Azis.

Pihak berkuasa percaya Santoso yang juga dikenali sebagai Abu Wardah dan pengikutnya berada di dalam hutan Poso.

Mereka didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas polis dan pos keselamatan di Sulawesi Tengah sejak 2011.

Menurut Adham, tentera dan polis dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan tanggung jawab berbeza.

“Ada kumpulan dikerah memburu Santoso dan ada yang ditugaskan memecah belahkan pergerakan kumpulannya,” kata Adham.

Pegawai sebelum ini mengaku sukar menangkap Santoso kerana tempat persembunyiannya jauh di dalam hutan dan sukar untuk dijejaki.

Pihak berkuasa percaya MIT turut dianggotai seorang wanita asal Bima di tenggara Nusa Barat dan dua entik Uighur dari China.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan