Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

200 Rumah Transit Mangsa Bencana Dibina – Musa

6:57pm 06/08/2016 Pak Roshan 853 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

musa

TAWAU : Kerajaan akan membina 200 unit rumah transit untuk penduduk yang menjadi mangsa bencana termasuk kebakaran, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

“Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan RM5 juta untuk tujuan berkenaan,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pukat, Tanjung Batu dan Kampung Paya, Tanjung Batu Tengah di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri akan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina rumah transit berkenaan.

Pada majlis itu, Musa menyampaikan bantuan peribadi kepada 130 ketua keluarga terlibat dalam kebakaran di kedua-dua kampung tersebut.

Dalam kejadian pada 29 Julai lepas, sebanyak 18 rumah membabitkan 37 keluarga di Kampung Pukat, Tanjung Batu, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Sementara dalam kejadian kebakaran berasingan pada Selasa lepas, seramai 93 keluarga di Kampung Paya, Tanjung Batu Tengah turut menjadi mangsa.

— BERNAMA

rumah

gambar hiasan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan