Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

200 ribu pengunjung dijangka meriahkan Kaamatan 2018

Peter menyampaikan taklimat pada majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai 200 ribu pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka akan membanjiri Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) pada 30 dan 31 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2018, Datuk Peter Anthony berkata ahli jawatankuasa tertinggi pesta berkenaan mengamalkan pendekatan terbuka dan membuat penambahbaikan penganjuran pesta berkenaan.

“Antara penambahbaikan tersebut adalah menjemput mereka dari kawasan pendalaman untuk bersama-sama meraikan pesta ini.

“Kita juga akan menyediakan makanan kepada semua yang hadir sepanjang dua hari pesta berlangsung,” katanya.

Selain itu, tambah Peter hadiah Pertandingan Unduk Ngadau turut ditambahbaik.

“Mengambil kira kos yang ditanggung oleh peserta-peserta pertandingan ini, kita menambah hadiah wang tunai di mana tempat pertama akan menerima RM12 ribu; tempat kedua, RM8 ribu dan tempat ketiga, RM6 ribu.

“Hadiah tempat keempat hingga ke-46 turut diberi tambahan,” ujarnya semasa memberi taklimat kepada media di Majlis Makan Malam Bersama Media sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini petang Rabu.

Seramai 30 petugas media diraikan pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018 merangkap Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang; Pengerusi Bersama perayaan, Datuk Ir John Anthony dan Timbalan Persatuan Wartawan Sabah, Diana Dominic./PENERANGAN-

Pengamal media bergambar kenangan bersama dengan Peter (tiga dari kanan), Jenifer (dua dari kanan) dan Junz (tiga dari kiri).-PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan