Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

200 peserta sertai ISCMW 2016

5:24pm 27/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Kota Kinabalu,Tempatan
MASIDI melawat gerai pameran sempena ISCMW 2016

MASIDI melawat gerai pameran sempena ISCMW 2016

KOTA KINABALU- Lebih kurang 200 orang peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai Simposium Antarabangsa mengenai Pemeliharaan dan Pengurusan Kawasan Tanah Lembap (ISCMW 2016) yang diadakan selama dua hari bermula hari ini (27 Sept) sehingga esok (28 Sept).

Simposium tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang speaker sekaligus membentangkan kertas kerja mereka kepada para peserta.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, program itu mampu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya mengurus kawasan tanah lembap dengan baik.

“Usaha memelihara kawasan tanah lembap di negeri ini sangat mencabar disebabkan kedudukannya yang berada di tengah-tengah bandar.

“Hanya terdapat dua buah kawasan tanah lembap di tengah bandar di dunia ini. Salah satunya terletak di Tokyo, Jepun dan Sabah, Malaysia,”katanya dalam majlis perasmian simposium Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Lembap, disini, hari ini.

Masidi berkata, kawasan tanah lembap memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia termasuk fungsinya untuk menakung dan mengawal sumber air.

“Walaubagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui akan kepentingan kawasan tanah lembap kepada kehidupan manusia.

“Saya percaya melalui pendidikan dan program kempen kesedaran, usaha memulihara alam sekitar dapat disampaikan kepada orang awam,”katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Presiden Pertubuhan Pemeliharaan Tanah Lembap Sabah (SWCS), Datuk Zainie Abdul Aucasa, Pengerusi Penganjur Dr Rahimatsah Amat. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan