Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

200 pelarian lemas

Surviving migrants are brought aboard Irish and Italian Navy life-boats in the area where their wooden boat capsized and sank off the coast of Libya

Rome: Lebih 200 pelarian dikhuatiri lemas selepas bot nelayan yang membawa 600 pelarian dengan sebahagian besar dari Syria, karam di Laut Mediterranean dalam perairan Libya, awal pagi tadi.

Menurut pasukan pengawal pantai Itali, kapal penyelamat termasuk tentera laut Itali dan Ireland berjaya menyelamatkan lebih 370 pelarian. Setakat ini 25 mayat sudah ditemui.

Bot berkenaan terbalik ketika kapal penyelamat menghampiri mereka dan penumpang bot berkenaan dipercaya berasak-asak ke bahagian sisi bot untuk menaiki kapal penyelamat berkenaan menyebabkan ia terbalik.

Pasukan penyelamat tidak pasti jumlah mangsa yang terperangkap dalam bot yang terbalik itu dan menemui ramai pelarian yang berpaut pada rakit penyelamat.

Laut Mediterranean kini menjadi medan maut kepada pelarian dan tahun ini, lebih 2,000 pelarian mati dalam usaha mereka ke Eropah melalui jalan laut. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan