Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

200 pelajar sertai program kembara ilmu

Membakut : Program Kembara I.L.M.U (Inspirasi. Latihan. Motivasi. Unggul) sebuah program yang diaspirasikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin,  kini direalisasikan dan dizahirkan oleh Biro Pendidikan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ke seluruh negara.

Terbaru, Negeri Sabah menjadi  tuan rumah  Program berkenaan melibatkan seramai 200 pelajar yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia pada 7 Nov ini.

Program berkenaan  berlangsung di Borneo Resort Golf Membakut, Kimanis dan dirasmikan oleh Adun Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasick berkata, objekitf program ini adalah memberi pendedahan kepada bakal-bakal pelajar SPM yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

Beliau di dalam ucapan mengingatkan para pelajar bahawa ilmu boleh dijadikan panduan untuk menjalani sebuah kehidupan dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

 

Normala seterusnya mengingatkan para pelajar agar menjadikan ilmu sebagai teman dan sahabat dalam kehidupan, mengambil contoh mereka yang berjaya sebagai idola untuk beroleh kejayaan.

 

“Sesungguhnya tidak ada jalan pintas dan singkat menuju kejayaan melainkan semua kita menimba ilmu dengan belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan anugerah akal yang dikurniakan oleh Allah SWT di dalam sebuah kehidupan” ujarnya.

 

Jelas beliau melalui program ini, pelajar akan diberi motivasi dan latih tubi oleh guru-guru yang berpengalaman dalam menggubal soalan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memberi panduan berguna untuk mereka menduduki peperiksaan itu dengan berkeyakinan.

 

Hadir sama Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO Malaysia, Datin Azura Mohd Afandi, Ketua Puteri UMNO Ranau, Rusnah Sarip yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO Sabah serta ketua-ketua Puteri UMNO bahagian-bahagian./SayangSabah

 

Kenangan...Mohd Arifin dan Normala bergambar kenangan bersama 200 pelajar yang bakal menduduki SPM yang akan datang ini.
Kenangan…Mohd Arifin dan Normala bergambar kenangan bersama 200 pelajar yang bakal menduduki SPM yang akan datang ini.

 

Komen


Berita Berkaitan