Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

200 paku dalam perut

9:40am 10/06/2016 Pak Roshan 99 views Global
GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan 200 paku dan objek asing yang terkumpul di dalam perut pesakit. Gambar kanan, lebih 200 paku dan objek asing yang dikeluarkan dari perut pesakit selepas pembedahan.

GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan 200 paku dan objek asing yang terkumpul di dalam perut pesakit. Gambar kanan, lebih 200 paku dan objek asing yang dikeluarkan dari perut pesakit selepas pembedahan.

Ji’an, (China): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini yang merawat seorang remaja yang mengadu sakit perut terkejut apabila menemui lebih 200 paku di dalam perut pesakit berkenaan.

Remaja berusia 15 tahun itu dibawa ibu bapanya ke hospital pada 6 Jun lalu selepas dia mengadu sakit perut teramat sangat.

Selepas membuat imbasan X-ray, doktor terkejut apabila mendapati terdapat banyak objek tajam seperti paku di dalam perut remaja itu.

Doktor yang segera membuat pembedahan berjaya mengeluarkan lebih 200 paku di dalam perut remaja itu.

Selain paku, doktor juga mengeluarkan beberapa objek seperti pencungkil gigi, batu dan duit syiling. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan