Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

200 orang menerima sumbangan Syarikat Kumpulan BTC Berhad

 

Jainab menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam majlis tersebut. Foto: Alex Mairin/SayangSabah
Jainab menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam majlis tersebut. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

LIKAS- Seramai 200 orang terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya menerima sumbangan dan zakat daripada Syarikat Kumpulan BTC Berhad, hari ini.

Sumbangan berbentuk wang ringgit dan keperluan asas seperti beras, susu, gula dan sebagainya itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Katanya, program itu merupakan satu usaha yang baik dan perlu diteruskan.

” Bagi saya, kita memberi sedekah jariah merupakan satu perkara yang baik,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sedekah Jariah Kumpulan BTC Berhad, di Masjid Bandaraya, sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua masyarakat khususnya umat Islam agar menjaga amal ibadah terutamanya ketika bulan Ramadan ini.

Dalam masa sama, Pengarah Syarikat Kumpulan BTC Berhad, Datuk Haji Abdul Kadir M.E Sikkandar berkata majlis tersebut merupakan majlis tahunan dan telah diadakan untuk kali ketujuh.

Tambahnya, BTC turut mengagihkan sebanyak 5,000 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

KENANGAN... Jainab bersama para penerima sumbangan dan zakat. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah
KENANGAN… Jainab bersama para penerima sumbangan dan zakat. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan