Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

200 lukisan Marcos dicari

9:13am 28/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
ANTARA set barang kemas milik Imelda yang dinilai oleh syarikat lelong Christie’s dan Sotheby’s di ibu pejabat Bank Filipina di Manila, semalam.

ANTARA set barang kemas milik Imelda yang dinilai oleh syarikat lelong Christie’s dan Sotheby’s di ibu pejabat Bank Filipina di Manila, semalam.

Manila: Kerajaan Filipina akan melancarkan laman web dalam usaha menjejaki 200 lukisan, termasuk hasil karya Van Gogh, Picasso dan Rembrandt milik bekas wanita pertama Imelda Marcos.

Keluarga bekas diktator negara itu Ferdinand Marcos didakwa mengumpul secara haram harta bernilai ribuan juta dolar. Balunya yang kini berusia 86 tahun dan anggota Kongres menjadi terkenal kerana koleksi terlampau kasut dan barang kemas.

Pakar dari syarikat lelong Christie’s dan Sotheby’s semalam hampir menamatkan penilaian mereka terhadap barang kemas yang dirampas selepas keluarga itu melarikan diri ke Hawaii pada 1986 berikutan revolusi rakyat yang mengakhiri pemerintahan Marcos selama dua dekad.

Andrew de Castro, anggota suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap usaha menjejaki kekayaan yang dikumpul secara haram itu berkata, agensi berkenaan akan melancarkan laman web itu dalam masa terdekat bagi mendapatkan bantuan orang awam untuk mengesan sekurang-kurangnya 200 lukisan.

Bekas ketua agensi itu Andres Bautista berkata tahun lalu, lukisan yang hilang itu, termasuk hasil karya Van Gogh, Rembrandt, Picasso dan Michelangelo.

Satu lukisan yang dilukis Claude Monet dijual pada harga AS$32 juta (RM137 juta) pada 2010 oleh bekas pembantu Marcos Vilma Bautista.

Sementara itu, wartawan semalam dibenarkan melihat dan merakam kerja menilai barang permata oleh pakar Christie’s, termasuk sebentuk berlian merah jambu yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya AS$5 juta (RM21 juta).

Barang kemas itu disimpan di bank pusat di Manila sejak dirampas daripada keluarga Marcos pada 1986.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan