Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

200 kes denggi direkodkan tahun lalu

denggi

PUTATAN – Lebih 200 kes denggi direkodkan di seluruh Sabah sepanjang tahun lalu sehingga awal bulan ini, namun dalam tempoh itu tiada kematian direkodkan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong Oui Fah berkata, daripada jumlah itu kira-kira 100 kes direkodkan di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

“Begitpun, kes demam denggi di kawasan bandaraya Kota Kinabalu adalah terkawal. Ini kerana Jabatan Kesihatan sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif membendung dan mencegah penularan wabak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Putatan bagi Sesi Januari 2015 hingga Disember 2016, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan juga berharap agar penduduk setempat memberikan kerjasama dengan menjaga kebersihan persekitaran di kawasan masing-masing bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes di kawasan mereka.

Edward berkata, kes denggi yang berlaku bukan baharu kerana sepanjang tahun lalu, kira-kira 100 kes direkodkan di kawasan bandaraya Kota Kinabalu termasuk Penampang, Likas dan 1Borneo.

“Biasanya pembiakan nyamuk Aeades bertambah selepas musim hujan kerana banyak air bertakung. Oleh itu saya berharap orang ramai membersihkan kawasan persekitaran rumah dan premis masing- masing bagi membendung pembiakan nyamuk Aedes,” ujarnya. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan