Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

200 jemaah Kampung Kepayan Skim tidak lagi bersesak

Masrah Othman - foto Aryan De Vera
Masrah Othman – foto Aryan De Vera

MENUMBOK – Masyarakat Islam di Kampung Kepayan Skim, kini dapat menjalani ibadah dengan lebih selesa apabila sebuah surau baharu dilengkapi kemudahan asas siap dibina sepenuhnya hujung tahun lalu.

Pengerusinya, Masrah Othman berkata, peruntukan membina Surau Imam Mastur disalurkan kerajaan menerusi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beaufort dengan kos sebanyak RM250,000, sekaligus menggantikan surau lama yang usang.

“Surau ini dibina pada Julai tahun lalu. Ia mampu menampung kira-kira 200 jemaah dalam satu-satu masa berbanding surau lama yang sempit hingga kami terpaksa bersesak khususnya ketika solat berjemaah.

“Justeru, dengan adanya surau baharu yang lebih luas ini, saya pasti banyak program keagamaan dapat kita laksanakan, seterusnya memberikan banyak manfaat kepada penduduk Islam di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di majlis perasmian surau itu yang disempurnakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, di sini hari ini

Masrah berkata, sebelum ini surau lama yang dibina hampir empat dekad lalu hanya dapat memuatkan sekitar 40 jemaah dalam satu-satu masa malah kawasan perkarangan luar juga sempit dan menyukarkan penganjuran aktiviti luar berikutan saiznya yang kecil.

Sehubungan itu katanya, pembinaan surau baharu ini adalah tepat pada masanya kerana ia mampu menyemarakkan lagi syiar Islam khususnya di kampung ini serta kawasan sekitar daerah ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan