Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

200 Hilang Tempat Tinggal Apabila 28 Rumah Setinggan Terbakar Di Semporna

8:47am 01/06/2014 Pak Roshan 44 views Tempatan

pic-71

SEMPORNA: Kira-kira 200 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 28 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Sejati 2 di sini Jumaat malam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 malam.

Beliau berkata pihaknya menghantar jentera bersama 10 anggota dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 8.06 malam.

Punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Daerah Semporna, Dr Chacho Bulla berkata mangsa ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan