Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 wakil RKM Sabah hadiri Mesyuarat Agung Tahunan RKM

10:53am 21/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
Timbalan Pengerusi RKM Sabah, Azman Hasiman (kanan sekali) bersama Presiden Rakan Kembara Malaysia Wan Salwati Abdullah (kiri sekali) menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama RKM.

Timbalan Pengerusi RKM Sabah, Azman Hasiman (kanan sekali) bersama Presiden Rakan Kembara Malaysia Wan Salwati Abdullah (kiri sekali) menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama RKM.

KOTA KINABALU- Seramai 20 orang wakil pemerhati dan perwakilan dari Rakan Kembara Malaysia (RKM) Sabah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama 2016 Rakan Kembara Malaysia yang diadakan di Ombak Villa, Langkawi Lagoon Village selama dua hari.

Menurut Pengerusi RKM Sabah Mizma Appehdullah beliau mahukan kelainan daripada pertubuhan lain dan bukan sahaja menggembara malah RKM Sabah pendekatan turun padang dengan mendengar nadi rakyat di peringkat akar umbi.

“RKM Sabah telah ditubuhkan pada tahun bulan Januari 2015 dan kini mempunyai kira-kira 300 ahli seluruh Sabah,” katanya.

Dalam mesyuarat itu Wan Salwati menyeru komitment daripada Rakan-rakan Kembara seluruh negara bersatu padu menjayakan misi dan hala tuju RKM.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad yang juga Rakan Strategik RKM dan turut dihadiri 63 perwakilan.

Selain itu, perwakilan daripada Sabah telah melawat beberapa tempat di pulau tersebut melawat sambil belajar sepanjang berada di Pulau Langkawi.

Rakan Kembara Malaysia (RKM) dilancarkan pada 24 September 2014 dan diketuai oleh Presidennya Wan Salwati Abdullah. Setakat ini RKM mempunyai 15 buah cawangan seluruh negara.

Bagi Rakan Kembara Malaysia negeri Sabah telah menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di seluruh Sabah khususnya mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Azman Hasiman, Naib Pengerusi Musliati Moslimin dan Usman Hamid, Ketua Penerangan Mohd Nizam Nazib, Setiausaha Rosnah Abdullah serta perwakilan dan pemerhati.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Azman bersama para perwakilan dan pemerhati daripada RKM Sabah bergambar kenangan sebelum memulakan mesyuarat agung tahunsn RKM kali pertama tahun 2016.

Azman bersama para perwakilan dan pemerhati daripada RKM Sabah bergambar kenangan sebelum memulakan mesyuarat agung tahunsn RKM kali pertama tahun 2016.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan