Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,698

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 tahun bawah tanah

9:33am 27/10/2016 Pak Roshan 1784 views Global
DE Andrade selepas dibersihkan setelah dibawa keluar dari tempat dia dikurung. FOTO MailOnline

DE Andrade selepas dibersihkan setelah dibawa keluar dari tempat dia dikurung. FOTO MailOnline

Brasilia: Seorang lelaki berusia 36 tahun semalam diselamatkan selepas dikurung di dalam bilik bawah tanah rumah bapanya selama sekurang-kurangnya 20 tahun.

Polis di Brazil secara tidak sengaja menemui Armando de Andrade ketika melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari mereka yang terbabit dengan dadah.

Lelaki itu yang dikatakan hilang sejak berusia 16 tahun dilaporkan diikat pada katil di dalam bilik yang kecil dan tidak bertingkap di Sao Paulo.

Menurut saksi, ketika ditemui, kuku tangan dan kaki de Andrade ‘seperti gergasi’ manakala janggutnya panjang mencecah lutut. Polis yang menemuinya juga berkata, lelaki itu ‘kekurangan zat.’

Polis percaya dia hidup dalam keadaan hampir gelap sepenuhnya selama dua dekad kerana bilik itu tiada lampu dan lantainya dipenuhi najis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan