Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 setinggan di Tawau dikesan aktif kegiatan sambungan elektrik haram

letrik
Gambar Hiasan

 

TAWAU – Lebih 20 kawasan setinggan di daerah ini dikesan aktif membuat penyambungan elektrik secara haram yang menyebabkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kerugian berjuta ringgit.

Pegawai Perhubungan Awam SESB, Darrell Lorimer Peter Ng berkata, pihak yang didapati melakukan sambungan harap boleh disabitkan kesalahan kerana mencuri elektrik mengikut Akta Elektrik 1990 dan dikenakan denga melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

“Penyambungan elektrik secara haram itu mengakibatkan kekerapan gangguan elektrik di kawasan sekitar. Sehubungan itu, SESB akan terus berusaha membanteras sebarang kegiatan penyambungan elektrik secara haram di kawasan-kawasan setinggan di daerah ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

SESB sebelum ini, katanya, telah beberapa kali menjalankan operasi membanteras kegiatan itu dan menyaksikan rampasan wayar kabel pelbagai jenis yang dianggarkan seberat 50-100 kilogram setiap kali operasi dijalankan.

Wayar kabel itu dipercayai digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat sambungan tidak selamat dan berbahaya kepada keselamatan orang awam.

Katanya, satu operasi telah diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST) di Batu 4, Tawau dan dianggarkan lebih 50 buah rumah setinggan diperiksa kerana dipercayai membuat penyambungan haram. – oleh Masani Sandan / SayangSabah 

Komen


Berita Berkaitan