Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 rumah terbakar, 50 penghuni hilang tempat tinggal

9:25pm 21/03/2016 Pak Roshan 405 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
Kebakaran yang memunkan kira-kira 20 rumah di Kampus Srijaya, Semporna. - Foto ihsan Jabatan Penerangan Semporna

Kebakaran yang memunkan kira-kira 20 rumah di Kampus Srijaya, Semporna. – Foto ihsan Jabatan Penerangan Semporna

SEMPORNA: Lebih 50 penduduk hilang tempat tinggal selepas 20 rumah papan termasuk kedai runcit dan surau di Kampung Srijaya dekat sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Kejadian pada jam 3.25 petang itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan cuaca berangin, selain kedudukan rumah yang rapat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Srijaya, Omar Ismail, berkata sebahagian besar penghuni keluar bekerja ketika kebakaran.

“Walaupun kebakaran menyebabkan ramai penduduk hilang tempat tinggal, kita bersyukur kerana tiada penghuni yang mengalami kecederaan.

“Ini kebakaran paling besar di kampung ini kerana ia turut membabitkan surau. Semua mangsa akan tinggal sementara di rumah sanak saudara serta menumpang di dewan berhampiran,” katanya.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Semporna berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.29 petang sebelum menghantar 18 anggota bersama dua jentera ke lokasi.

Katanya, api dapat dikawal pada jam 4.11 petang, manakala kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 5 petang.

“Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya – BH Online

Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 20 rumah di Kampung Srijaya, Semporna. IHSAN JABATAN PENERANGAN SEMPORNA

Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 20 rumah di Kampung Srijaya, Semporna. IHSAN JABATAN PENERANGAN SEMPORNA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan