Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 pesara, 44 pengetua diberi anugerah perkhidmatan khas

Kota Kinabalu: Seramai 20 pesara dan 44 pengetua seluruh Sabah diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Perkhidmatan Khas pada Majlis Makan Malam Tabi Raya Moginakan.

Anugerah tersebut merupakan penghargaan kepada perkhidmatan melebihi 10 tahun dan disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di sini, pada Selasa malam.

Dalam ucapannya beliau berkata, pengetua perlu memacu kepimpinan sekolah bukan sahaja supaya tidak tersimpang daripada landasan utama pendidikan tetapi juga menjadi pentas untuk menghasilkan kemenjadian murid.

“Pengetua mengerakkan sebarang usaha menghasilkan modal insan yang bakal mewarnai pucuk kepimpinan negara dan tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa akan datang.

“Saya yakin dan percaya dengan segala bentuk latihan dan pengalaman, para pengetua dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti selari dengan keperluan pendidikan semasa,” ujarnya.

Shafie turut berkata sebagai pucuk pemimpin baharu, kerajaan perlu mengambil masa untuk menstabilkan keadaan.

“Saya berjanji bidang pendidikan tidak akan sekali-kali dianaktirikan justeru saya menyeru pengetua sebagai pelaksana dasar dan penjawat awam perlu menyokong usaha kerajaan dan masa depan negara.

“Selain itu, semua pengetua perlulah berkerjasama supaya dapat terus memberi komitmen padu dalam membudayakan pembinaan ilmu dan penyempurnaan akhlak melalui perkongsian ilmu, perancangan komprehensif dan berterusan demi memartabatkan sistem pendidikan negara menjadi sistem yang terunggul di dunia,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Majlis makan malam berkenaan merupakan acara kemuncak Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kali ke-42 yang disertai oleh 228 peserta bermula pada 2 hingga 4 Julai./PENERANGAN-

Yusof (tiga dari kiri) menyampakan sijil penghargaan kepada salah seorang pasara Kula Mamit (empat dari kiri).

Komen


Berita Berkaitan