Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 Peratus Pelajar Tingkatan Satu Hingga Enam Di Perlis Penagih Air Ketum

ketum

KANGAR:  Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum.

Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum.

“Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini, Isnin.

Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan.

“Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk membantu,” katanya.

Pada majlis itu, Azlan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2014 kepada bekas Pengarah Pendidikan Perlis, Dariah Saad, 67, berupa sebuah plak dan wang tunai RM4,000 sumbangan Bank Rakyat.

Komen


Berita Berkaitan