Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 pengamal media lawat kompleks sukan

Louis menyampaikan cenderakenangan kepada wakil peserta yang juga Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Diana Dominic (kiri) sambil disaksikan oleh Penyuki (tengah).

KOTA KINABALU: Seramai 20 pengamal media dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung mengadakan lawatan ke Kompleks Sukan Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai industri sukan negeri ini.

Ketibaan rombongan yang diketuai Pengarang Sukan KOSMO!, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi disambut oleh Pengurus Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Wilfred Benedict Young, pagi tadi.

Lawatan tersebut merupakan pengisian Bengkel Kewartawanan Sukan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang berlangsung selama dua hari di salah sebuah hotel di sini.

Pada lawatan itu, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Mohd. Asneh Mohd. Nor yang turut dihadiri Pengerusi LSNS, Datuk Louis Rampas dan Pengurus Besar, Datuk Penyuki Matta./Penerangan-

Para peserta merakam kenangan bersama dengan pihak pengurusan LSNS.

Komen


Berita Berkaitan