Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 Pati Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Lahad Datu

12:42pm 02/11/2016 Pak Roshan 2484 views Jenayah,Mutakhir
Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada  bulan Mac 2016 - Foto Arkib Esscom

Antara PATI yang di tahan dalam OPS GASAK pada bulan Mac 2016 – Foto Arkib Esscom

LAHAD DATU – Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun merupakan antara 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Bakapit, Jalan Tungku di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata dalam operasi sekitar pukul 3 pagi itu pihaknya menahan seramai sembilan lelaki, enam wanita dan lima kanak-kanak lelaki berusia antara tiga hingga 50 tahun.

“Seramai 76 orang telah diperiksa dan 20 daripadanya ditangkap kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, tahanan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk menunggu proses siasatan dan pengusiran oleh pihak imigresen.

Beliau berkata seramai 75 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menyertai operasi bersepadu yang berakhir pukul 5.30 pagi itu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan