Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 orang ibu tunggal diberi bantuan

12:56pm 03/07/2016 Leolerry Lajius 22 views Tempatan
Puteri UMNO Batu Sapi menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan asas kepada ibu tunggal di sekitar kawasan Batu Sapi.

Puteri UMNO Batu Sapi menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan asas kepada ibu tunggal di sekitar kawasan Batu Sapi.

SANDAKAN: Kira-kira 20 orang ibu tunggal sekitar kawasan Parlimen Batu Sapi menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas dan duit raya daripada Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi di sini kelmarin.

Program Ziarah Ramadan dari rumah ke rumah tersebut diketuai oleh Ketua Puteri Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani berserta ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Batu Sapi.

Menurut Hazulizah, pemberian sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanda kasih dan sayang Puteri UMNO Batu Sapi kepada golongan ibu tunggal bagi meringankan beban mereka menjelangnya bulan Syawal kelak.

“Usaha seumpama ini bukan sahaja akan meningkatkan rasa tanggungjawab, bahkan rasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik ini,”katanya.

Sepanjang Ramadan ini kata beliau, pihaknya telah mengatur pelbagai program kebajikan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik, termasuk anak-anak yatim mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka.

Beliau juga berharap usaha murni yang sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu diteruskan dan dicontohi kawasan kejiranan lain tambahan pula ia dijalankan berasaskan semangat persaudaraan sesama masyarakat.

“Saya berbangga melihat semangat dan permuafakatan ahli-ahli Puteri UMNO Batu Sapi dan masyarakat setempat sedia bekerjasama untuk menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Batu Sapi.

“Apa yang kami lakukan ini juga adalah selaras dengan tuntutan agama agar golongan kurang bernasib baik di bantu,” ujarnya.

Kawasan yang terlibat ialah, Kampung Kombo, Kg. Karamunting, Kg.Pisang, Flat MPS, Kg.Lupak Meluas Darat, Kg.Istimewa, Kg.Bakau, Kg.Sundang Laut, Kg. Gas, Flat Taman Mawar dan PPR Lintas Sibuga./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan