Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 OKU, 20 saudara baru dirai dalam majlis iftar ramadhan

Kota Kinabalu : Seramai 20 Orang Kurang Upaya (OKU) dan 20 saudara baru dirai dalam Majlis Iftar Ramadhan di Masjid As Salam Kem Lok Kawi dekat sini, pada Khamis.

Mereka juga menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang disampaikan Yang Dipertua Negeri dan juga Penaung YNJ, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Turut mengiringi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib serta Panglima Angkatan Petugas 450, Mej Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan isteri, Datin Zubaidah Mohd Zaid.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Selepas majlis berbuka puasa, Tun Juhar bersama tetamu kenamaan lain turut menunaikan solat sunat terawih bersama kira-kira seribu jemaah terdiri daripada pegawai dan anggota serta ahli keluarga Angkatan Petugas 450./Penerangan-

Tun Juhar menyampaikan sumbangan YNJ kepada salah seorang penerima, sambil diperhatikan Zulkapri (kiri).

Komen


Berita Berkaitan