Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 minit terbalik di langit

10:39am 22/03/2016 Pak Roshan 591 views Global
ROLLER-COSTER berhenti disebabkan tercetusnya prosedur kecemasan.

ROLLER-COSTER berhenti disebabkan tercetusnya prosedur kecemasan.

Beijing: Pengunjung yang menaiki roller-coaster di Taman Hiburan Happy Valley di sini ditinggalkan tergantung dalam keadaan terbalik selama hampir 20 minit selepas burung menjadi punca sensor keselamatan dan perjalanan permainan itu terhenti.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu lalu dengan 26 penumpang berada dalam permainan itu apabila ia tiba-tiba berhenti di puncak.

Satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web, mengatakan, burung berkenaan hinggap pada salah satu sensor menyebabkan tercetusnya prosedur kecemasan yang segera menghentikan perjalanan trek itu ketika ia sedang bergerak ke atas.

Sehubungan itu, kakitangan mengambil masa 18 minit untuk melepaskan penumpang yang terkandas.

Menurut seorang saksi: “Tidak lama selepas terhenti, beberapa kakitangan naik ke atas permainan itu untuk mengeluarkan penumpang yang terkandas.

“Kira-kira 20 minit kemudian, semua orang berjaya diturunkan.

“Mereka yang dibawa turun kelihatan agak pucat.”

Industri taman tema semakin berkembang pesat di China, dengan Forbes mendakwa sektor ini meningkat pada kadar 11 peratus sepanjang lima tahun. Happy Valley di Beijing adalah taman tema berprofil tinggi pertama di China dan dibuka pada Julai 2006. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan