Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

20 kekasih hadiah 20 iPhone 7

10:15am 03/11/2016 Pak Roshan 242 views Global

iphone

Beijing: Bekerja hanya sebagai kerani namun seorang wanita muda di Shenzen, berjaya membeli rumah hasil jualan 20 telefon iPhone 7s yang dihadiahkan 20 lelaki yang menjadi kekasihnya serentak.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan People’s Daily Online, wanita bernama Xiao Li yang mempunyai 20 kekasih pada satu masa itu kini menjadi berita panas di China, meminta semua kekasihnya menghadiahkan model terbaru iPhone, sebaik iPhone 7s memasuki pasaran China bulan lalu.

Kegiatan wanita itu terdedah selepas seorang wanita dipercayai rakannya yang menggunakan nama ‘Ao Jiao De Qiao Ba’ menyiarkan kisahnya di media sosial pada 14 Oktober lalu, dengan menulis: “Semua rakan sekerja bercakap mengenai seorang pekerja wanita mempunyai 20 teman lelaki. Macam mana dia buat?”

Wanita itu mendakwa pekerja berkenaan, Xiao Li, meminta teman lelaki membelikannya iPhone 7s yang berharga 6,988 yuan (RM4,330) daripada pengedar sah Apple.

Xiao Li kemudian menjual semua telefon itu kepada laman web belian balik, Huishoubao, pada hujung September dengan harga 120,000 yuan (RM74,300) yang digunakannya untuk membuat bayaran pendahuluan membeli rumah.

Kakitangan Huishoubao mengesahkan ada wanita menjual 20 telefon baru iPhone 7s dengan 10 unit masih berbungkus.

Menurut ‘Ao Jiao De Qiao Ba’, ibu bapa Xiao Li tidak kaya dan mahukan rumah sendiri menyebabkan Xiao Li sebagai anak sulung, tertekan.

Seorang rakan Xiao Li memberitahu People’s Daily: “Dia baru setahun datang Shenzhen dan kami terkejut apabila dia berkongsi gambar rumah barunya di Wechat.”

Selepas kisah itu terdedah, ‘Ao Jiao De Qiao Ba’ mendakwa Xiao Li sudah dipecat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan