Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 JKKK , tiga JKDB Inanam masih sah pelantikan sehingga 31 Mac lalu

Radin Malleh. - foto Ille Tugimin
Radin Malleh. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam mempunyai seramai 50 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan empat badan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB).

Walau bagaimanapun, setakat 31 Mac 2015, sebanyak 20 badan badan JKKK dan tiga JKDB sahaja yang masih sah tempoh pelantikannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, maklumat yang diterima dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri ialah jawatan ketua kampung bagi kawasan Inanam ialah sebanyk 51 jawatan.

“Namun, jawatan ketua kampung yang telah diisi ialah sebanyak 45 sahaja. Untuk maklumat kementerian saya hanya bertanggungjawab terhadap pelantikan pengerusi JKKK dan JKDB manakala ketua kampung di bawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr. Roland Chia (PKR-Inanam) yang bertanyakan mengenai senarai nama pengerusi JKKK, JKDB dan ketua kampung di DUN Inanam serta tempoh perkhidmatan, tarikh pelantikan dan tarikh tamat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan