Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 jenazah dan abu akan dibawa pulang pada Jumaat

jenazah

PUTRAJAYA: Hanya 20 jenazah dan abu rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu akan dibawa pulang dari Belanda pada Jumaat ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kumpulan pertama itu terdiri daripada 17 jenazah dan tiga abu mayat warga Malaysia dan tidak membabitkan jasad warga Belanda yang dilaporkan sebelum ini akan dikebumikan di Malaysia.

Hishammuddin berkata, pesawat khas yang membawa jenazah berkenaan akan berlepas pada jam 12.30 tengah hari waktu Belanda dan dijadual tiba di KLIA kira-kira jam 10 pagi Jumaat.

“Perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kita mengesahkan pada Jumaat ini kita akan terima 20 jenazah warga negara kita kembali ke tanah air.

“Kita juga dapat pengesahan walaupun ada tambahan jenazah tetapi ia tidak menjejaskan persiapan di negeri-negeri berkenaan,” katanya pada sidang media bersama di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Hishammuddin berkata, setakat ini 28 jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 itu sudah dikenal pasti pihak penyiasat di Belanda.

“Namun, lapan lagi jenazah belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang pada Jumaat ini,” katanya. 

Komen


Berita Berkaitan