Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 anak yatim terima sumbangan raya DBKK

Tun Juhar (tengah) bersama Toh Puan Norlidah mengabadikan gambar kenangan bersama Yeo (kiri) dan para tetamu kenamaan lain sebelum beredar meninggalkan majlis.

Kota Kinabalu : Dua puluh anak yatim dari sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Menggatal dan Telipok menerima sumbangan Hari Raya daripada Badan Dakwah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Sumbangan berupa duit raya dan hamper itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DBKK di sini, pada Rabu.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Pembantu-Pembantu Menteri serta kedutaan asing dan Mayor Bandaraya, Datuk Yeo Boon Hai.

Selain pelbagai juadah, lebih seribu tetamu yang mengunjungi majlis rumah terbuka itu turut dihiburkan dengan persembahan hiburan oleh Irama Buskers dan beberapa penyanyi tempatan./Penerangan-

Toh Puan Norlidah menyampaikan duit raya kepada salah seorang anak yatim.

Komen


Berita Berkaitan