Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20 ANAK YATIM SHOPPING RAYA

Ceria.....20 anak-anak yatim gembira dengan baju raya mereka bersama-sama Normala dan Puteri UMNO Zon 2 di Servey Putatan.
Ceria…..20 anak-anak yatim gembira dengan baju raya mereka bersama-sama Normala dan Puteri UMNO Zon 2 di Servey Putatan.

PUTATAN – Seramai 20 anak yatim diraikan untuk membeli belah baju raya di Servey Putatan dan menerima sumbangan duit raya daripada Puteri UMNO Sabah dengan kerjasama Puteri UMNO Zon 2.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasik berkata pemberian sumbangan duit raya dan membeli pakaian raya itu merupakan sebahagian daripada tanda kasih dan sayang Puteri UMNO Sabah bersama Puteri UMNo Zon 2 (Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang)  terhadap anak yatim.

 Menurutnya, dengan pemberian duit raya berkenaan serba sedikit dapat membantu anak yatim membeli keperluan untuk sambutan hari raya biarpun tanpa insan yang tersayang.

 Katanya,  pihak Puteri UMNO Sabah  sememangnya prihatin dengan nasib mereka dan pada tahun ini, beliau berniat untuk turun padang sendiri berkenalan dan bermesra dengan anak yatim.

 “Hati saya cukup tersentuh melihat wajah ceria mereka apabila menerima sumbangan duit raya apatah lagi keriangan dan keseronokan mereka membuatkan air mata saya mengalir kesedihan.

 “Ini harapan mereka apabila setiap kali menyambut hari raya apabila terpaksa menanti sumbangan masyarakat memberikan sedikit bantuan untuk mereka,” katanya selepas majlis penyampaian baju raya dan sumbangan duit raya kepada 20 anak-anak yatim tersebut di Putatan kelmarin.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan