Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Wakil Sabah Sedia Dalam Kejohanan Taekwando

LAHAD DATU – Kelab Taekwando Perdana (PTC) Sabah sedia memberi saingan sengit dalam Kejohanan Antarabangsa Taekwando CK Klasik Ke-11 yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur bermula esok  sehingga 6 Ogos ini.

Presiden PTC Datu Mazlan Datu Ibrahim berkata,  24 atlet taekwando PTC akan menyertai kejohanan itu dan yakin terdapat peserta yang mampu menyerlah dan mengharumkan nama Sabah.

“Kita tidak menyasarkan sebarang pingat namun saya yakin dan percaya setiap atlet akan memberikan persembahan terbaik mereka dalam kejohanan nanti”, katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PTC Bernardo Vivero berkata anak buahnya telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan sebelum menyertai kejohanan itu.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian serta tahap kesiapsiagaan mereka, dan mereka mampu meraih pingat jika menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya lagi.
-BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan