Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 Wakil Rakyat PKR Sabah Sertai Parti Shafie Apdal

6:39pm 22/09/2016 Pak Roshan 3600 views Mutakhir,Politik

shaf

KOTA KINABALU – Lain ditembak, lain pula kena… Bukan satu tapi dua wakil rakyat PKR di Sabah keluar parti untuk menyertai parti lama berwajah baharu berketuakan Datuk Seri Shafie Afdal.

Salah seorangnya ialah wakil tunggal PKR di Sabah iaitu Ahli Parlimen Penampang, Ignitius Darell Leiking (gambar atas, kanan) dan ADUN PKR Moyog, Terrence Siambun, menurut portal berita tempatan AgendaDaily.

Ini bermakna PKR kini hanya memiliki 28 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) dipecat pada 2014. Di peringkat DUN Sabah pula, PKR sekarang hanya tinggal enam wakil.

Menurut Leiking beliau mengambil keputusan keluar daripada PKR untuk menyertai Shafie yang memutuskan tidak akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai presiden penajanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sebenarnya telah pun lama meninggalkan PKR baru-baru ini, tetapi tidak mahu pula mengumumkannya dengan secara terbuka kerana saya tidak suka menghebohkan hal tersebut.

“Bagaimanapun saya telah memaklumkan perkara ini kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan memberi sebab berbuat demikian.

“Beliau menghormati keputusan ini, begitu juga dengan saya,” kata Leking. Ahli Parlimen itu berkata, beliau turut memaklumkan tentang peletakan jawatan tersebut kepada beberapa pemimpin kanan PKR di Sabah dan Pusat.

Leiking namun menjelaskan, beliau akan bekerjasama rapat dengan Shafie dan beberapa pemimpin pembangkang Sabah yang lain untuk menentang Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Terdapat 11 buah parti baharu yang lebih bersifat tempatan dan berjaya ditubuhkan di seluruh Sabah sepanjang 2013 lalu setelah permohonan mereka diluluskan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Pendirian kami masih lagi tidak akan berubah iaitu untuk menyelamatkan rakyat Sabah. Kami akan menggunakan segala kekuatan yang ada. Kami tidak pernah berhasrat untuk menentang pihak pembangkang sendiri.

“Matlamat kami masih sama. Kami mahu perjanjian baharu dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia,” ujar beliau sambil menambah bahawa parti yang diketuai Shafie itu tidak akan menerajui Parti USNO Baru.

Sebaliknya ujar beliau, ia sebuah parti berasaskan pelbagai kaum di Sabah. Leiking turut menyertai Shafie ke pejabat RoS di Putrajaya pada Khamis untuk membincangkan hal berkenaan pucuk kepimpinan parti baharu itu.

Turut hadir bersama mereka, ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong yang juga keluar daripada UMNO.

Dalam perkembangan sama, The Star melaporkan ADUN Moyog, Terrence Siambun dijangka mengikut jejak langkah Leiking untuk keluar dari PKR, sekali gus memberi tamparan hebat kepada parti pembangkan itu.

Siambun dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatan beliau kepada parti.

Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan