Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 tahun makan 1kg paku

WANITA berkenaan berehat di rumahnya selepas menjalani pembedahan sementara gambar depan menunjukkan filem X-ray dengan paku di dalam perutnya.
WANITA berkenaan berehat di rumahnya selepas menjalani pembedahan sementara gambar depan menunjukkan filem X-ray dengan paku di dalam perutnya.

Changchun (China): Seorang wanita yang menghidap sakit jiwa dilaporkan menelan hampir sekilogram paku sepanjang dua tahun lalu.

Wanita berusia 54 tahun itu yang dikenali sebagai Li Li juga dikatakan memakan kaca.

Menurut sumber keluarga, wanita itu pernah memakan lebih 12 paku sekali gus.

Sehingga semalam, Li Li menjalani tiga pembedahan untuk mengeluarkan paku dan kaca dari perutnya.

Keluarganya terpaksa menghabiskan ratusan ribu yuan untuk tujuan itu.

Doktor berkata, mereka berjaya mengeluarkan hampir sekilogram paku dari perutnya.

Kebanyakan paku yang dikeluarkan itu lurus, tetapi ada juga yang bengkok.

Anehnya, tabiat itu tidak menyebabkan organ dalamannya rosak teruk. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan