Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 tahun 10 suami

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Teheran: Seorang wanita Iran didakwa atas tuduhan menipu selepas dia berkahwin dan bercerai dengan 10 lelaki dalam tempoh dua tahun.

Wanita berusia 20 tahun itu dipercayai menipu semua lelaki berkenaan semata-mata untuk mendapatkan wang melalui mas kahwin.

Mengikut undang-undang syariah Iran, pengantin perempuan menetapkan mas kahwin yang perlu dibayar pengantin lelaki selepas majlis perkahwinan yang biasanya dibayar menggunakan syiling emas.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, wanita itu segera menuntut mas kahwin selepas berkahwin dan tidak pernah hidup seperti suami isteri.

Lelaki yang menjadi mangsa wanita itu terpaksa membayar mas kahwin berkenaan kerana tidak mahu menyalahi undang-undang.

Wanita itu yang mengaku tidak bersalah berkata, dia hanya menuntut syiling emas 100 hingga 110 keping sebagai mas kahwin.

Dalam setiap kes wanita itu memaksa semua suaminya untuk menceraikannya.

Wanita yang bercerai di Iran boleh memadamkan nama suami di kad pengenalan sekiranya dapat membuktikan dengan pengesahan doktor bahawa mereka masih dara.

Tertuduh dipercayai mengulangi langkah sama supaya dapat menutup kisah hidupnya daripada lelaki lain.

Penipuan wanita itu terbongkar selepas seorang pegawai di pejabat pendaftaran curiga selepas tertuduh terlalu kerap menukar kad pengenalan.

“Saya tidak lihat keperluan untuk saya menjawab semua soalan ini,” kata wanita itu di mahkamah.

Pihak pendakwa raya turut membawa semua 10 lelaki yang pernah berkahwin dengan wanita itu di mahkamah.

“Saya tidak bersalah kerana semua perkahwinan sah mengikut undang-undang.

“Semua bekas suami saya berkahwin atas kerelaan mereka sendiri dan kami berpisah kerana pelbagai alasan,” katanya. – AFP

Komen


Berita Berkaitan