Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Rumah, 5 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang menyebabkan dua rumah, tiga kereta dan dua motosikal musnah di Kilometer 14.4 (Batu 9) Ranggu awal hari ini. - Foto BERNAMA
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang menyebabkan dua rumah, tiga kereta dan dua motosikal musnah di Kilometer 14.4 (Batu 9) Ranggu awal hari ini. – Foto BERNAMA

TAWAU – Dua buah rumah, tiga kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Batu 9 Ranggu, dekat sini awal hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kebakaran kira-kira pukul 5.51 pagi.

Katanya 10 anggota berserta tiga jentera dihantar ke tempat kejadian dan mampu mengawal kebakaran sejam kemudian.

“Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan