Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Remaja Perempuan Lemas Jatuh Sungai Di Penampang

Foto Ihsan Pembaca

 

KOTA KINABALU – Dua remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kibunut, Penampang dekat sini hari ini.

Mereka yang dikenali sebagai Dinda dan Paulina dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di kawasan berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.50 tengah hari.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui pada 3.13 petang, kira-kira tujuh meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas dan operasi ditamatkan pada 3.35 petang,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut kedua-dua mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
– BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan