Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 Pesawat Berlanggar Di Landasan Di Indonesia

9:38am 05/04/2016 Pak Roshan 646 views Global

flihgt

JAKARTA – Dua pesawat berlanggar di landasan sebuah lapangan terbang di Jakarta lewat hari ini, memaksa penumpang keluar menggunakan gelongsor pelampung.

Menurut kenyataan kementerian pengangkutan, tiada penumpang yang maut dalam insiden itu.

Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik Batik Air, sayap perkhidmatan penuh satu daripada pengendali terbesar Asia, Lion Air Group, cuba berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma apabila sayapnya tersangkut pada ekor pesawat kecil yang sedang ditunda keluar dari landasan.

“Semua penumpang dan kru selamat dikeluarkan,” menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan. Lapangan terbang itu yang mengendalikan penerbangan domestik akan ditutup sehingga notis lanjut.

Imej televisyen menunjukkan sayap pesawat Batik Air terbakar ketika jentera bomba dan ambulans berkumpul di atas landasan.

Indonesia menyaksikan ledakan perjalanan udara dan syarikat penerbangan tambang murah mendapat manfaat dalam perkembangan pantas di rantau itu. – Reuters/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan