Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 pendaki wanita alami ‘Acute Mountain Sickness’ diselamatkan

received_1027896733937271

RANAU: Dua orang wanita yang mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ dan kesejukan diselamatkan oleh pasukan penyelamat di ketinggian 5.6 dan 5.7 kilometer, Gunung Kinabalu.

Mangsa Sarah Sakinah, 23 tahun dan Sarihah Razanah, 27 tahun yang diselamatkan oleh pasukan penyelamat diberi minum air panas sebelum diangkat ke Laban Rata dengan dipantau oleh seorang renjer taman.

Tindakan pasukan bomba bersama Sabah Park dan Malim Gunung ke tempat kejadian telah menemui kedua-dua mangsa bersama malim gunung mangsa tersebut.

‘Acute Mountain Sickness’ adalah disebabkan oleh perubahan ketinggian yang melebihi paras laut menyebabkan kekurangan udara berlaku dan individu yang tinggal berdekatan laut serta mempunyai penyakit berisiko untuk mengalami penyakit ini apabila mereka pergi tempat yang tinggi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan