Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 nelayan diculik di perairan Pulau Gaya

DUA kru bot warga Indonesia dipercayai diculik sekumpulan lelaki di perairan Pulau Gaya, awal pagi tadi. – NSTP/Ihsan pembaca

 

SEMPORNA: Dua kru bot warga Indonesia dipercayai diculik sekumpulan lelaki di perairan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 30-an itu adalah juragan bot Dwi Jaya 1 yang dikenali sebagai Samsul dan pembantunya, Osman.

Perkara itu disahkan pemilik bot nelayan tempatan terbabit, Armanus Arsad, ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Kejadian itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbus, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Armanus berkata, ketika kejadian seramai empat kru berada di atas bot terbabit menangkap ikan di perairan berkenaan dalam keadaan lampu bot terpasang.

Katanya, berdasarkan cerita dua lagi kru, ketika kejadian kedua-dua mangsa berada di bahagian atas bot manakala dua lagi di bilik enjin sebelum didatangi antara dua hingga empat suspek menaiki sebuah bot laju.

“Kejadian itu disedari dua kru bot yang terselamat dan mereka mendakwa melihat dari celah bilik enjin dua mangsa dibawa dengan sebuah bot laju.

“Jumlah anggota penculik dan sama ada mereka membawa senjata tidak dapat dipastikan kerana keadaan sekeliling yang gelap,” katanya.

Difahamkan, ini kejadian culik pertama di perairan Sabah dalam tempoh hampir dua tahun selepas kali terakhir pada 8 Disember 2016 apabila pasukan keselamatan menembak mati tiga penculik dan dua lagi ditangkap dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Semporna.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa culik diselamatkan dan seorang lagi hilang. –¬†Oleh Abdul Rahemang Taiming/BH Online

Komen


Berita Berkaitan