Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 militan Abu Sayyaf terbabit penculikan dibunuh

11:04pm 27/09/2016 Pak Roshan 6007 views Global
Muktadil Bersaudara, didakwa maut dalam "operasi serangan" oleh pasukan anti-pengganas awal pagi. - Foto TAWAU (ﺗﺎواو) Twitter

Muktadil Bersaudara, didakwa maut dalam “operasi serangan” oleh pasukan anti-pengganas awal pagi. – Foto TAWAU (ﺗﺎواو) Twitter

MANILA: Dua militan dikaitkan dengan penculikan 26 warga Malaysia dan kelasi Indonesia tahun ini dibunuh hari ini dalam satu serbuan tentera di luar pulau terpencil Filipina, kata kerajaan negara itu.

Nixon Muktadil dan saudara lelakinya, Brown Muktadil, kedua-duanya anggota kumpulan Abu Sayyaf, maut dalam “operasi serangan” oleh pasukan anti-pengganas awal pagi, kata kenyataan tentera Filipina.

Abu Sayyaf adalah kumpulan militan serpihan dibentuk pada 1990-an dengan wang sumbangan rangkaian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden, tetapi kini memperoleh jutaan dolar hasil penculikan tebusan.

Ketika pemimpinnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikrar taat setia kepada kumpulan Daesh, penganalisis berkata, kumpulan itu kini lebih bertumpu kepada perniagaan penculikan yang lumayan berbanding jihad.

“Kematian adik beradik Muktadil memberi tamparan hebat kepada kumpulan itu kerana mereka berkhidmat sebagai pemandu laut dan pengemudi ketika penculikan di laut lepas,” kata kenyataan tentera.

Adik beradik itu membantu menculik lima kru kapal tunda membawa arang batu dan komoditi lain di perairan bersempadan Indonesia, Malaysia dan Filipina, kata kenyataan itu.

Tentera menambah, penculikan itu berlaku dalam tempoh lebih enam bulan awal tahun ini.

Peningkatan dalam penculikan mencetuskan amaran Indonesia bahawa rantau itu mungkin menjadi “Somalia berikutnya” dan menggesa tiga negara ASEAN mencari jalan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu.

Majoriti daripada 26 kelasi terbabit dianggap sudah dibebaskan, namun kerajaan Filipina berkata, Abu Sayyaf masih menawan lima warga Indonesia, walaupun tidak jelas jika ia termasuk kelasi.

Militan terbabit membebaskan empat warga Indonesia awal bulan ini dan seorang warga Norway. Ia memenggal dua tebusan rakyat Kanada dan membebaskan kelasi Indonesia serta Malaysia awal tahun ini. – AFP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan