Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Maut, Van Bertembung Bas Di Kinabatangan

Keadaan van remuk teruk dalam kemalangan tersebut. - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan van remuk teruk dalam kemalangan tersebut. – Foto Ihsan Pembaca

KINABATANGAN – Dua penumpang sebuah van maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 111, Jalan Sandakan-Lahad Datu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, yang maut dikenali sebagai Leen Che binti Maisal, 20, dari Kampung Sim-Sim, Sandakan dan individu yang dikenali sebagai Ismail, 20, dari Ladang Kamcong Sandau, Lahad Datu.

Beliau berkata pemandu van dikenali sebagai Resky Paisal, 20, hanya cedera ringan sementara pemandu bas itu yang berusia 29 tahun dan 42 penumpang tidak mengalami sebarang kecedaraan.

Bas yang dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu itu dilapor hilang kawalan dan memasuki lorong kanan jalan sebelum melanggar van itu yang datang dari arah bertentangan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan