Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

KEADAAN salah seorang mangsa bersama motosikal dinaiki mereka dalam kemalangan itu.

 

BELURAN: Dua pemuda maut, selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid di sini, petang tadi.

Mangsa, Sudirman Muhammad, 27, dan rakannya yang membonceng, dikenali sebagai Fendi, mati di lokasi kejadian susulan kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Telupid, sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan, berkata siasatan awal mendapati berlaku perlanggaran antara kedua kenderaan itu ketika tiba di lokasi kejadian.

Katanya, ia menyebabkan seorang daripada mangsa terhumban ke tepi jalan raya.

“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat,” katanya di sini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

SEORANG lelaki yang maut terhumban ke tepi jalan raya. – Foto Hazsyah Abdul Rahman

Komen


Berita Berkaitan