Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 maut kereta rempuh belakang jentolak

KOTA MARUDU: Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar bahagian belakang sebuah jentolak di Jalan Kanibongan-Pitas berhampiran simpang Paitan dekat sini, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 9.30 malam, Joddy Kumin, 33, dan Sandro Vickie Thomas, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala serta dada.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata kedua-dua mangsa adalah warga tempatan dan bekerja di Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Pitas.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kemalangan itu pada jam 9.45 malam.

“Siasatan awal mendapati kereta Proton Saga FLX terbabit dipandu salah seorang mangsa dari arah Pitas menuju ke Kanibongan.

“Setiba di tempat kejadian, kereta itu terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah jentolak diletakkan di tepi sebelah kanan jalan menghala ke Kanibongan.

“Ekoran perlanggaran itu, kedua-dua mangsa maut di lokasi kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sampel darah kedua-dua mangsa sudah diambil bagi ujian alkohol untuk memastikan sama ada pemandu kenderaan berada bawah pengaruh berkenaan.

Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian mendapati keadaan jalan raya dalam proses pembaikan menyebabkan permukaannya berpasir dan tidak berturap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

JODDY Kumin (kiri) dan Sandro Vickie Thomas maut selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah jentolak dalam kemalangan di Jalan Kanibongan-Pitas berhampiran simpang Paitan. – Foto ihsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan