Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 maut kereta api langgar van

5:11pm 28/02/2017 Pak Roshan 15727 views Beaufort,Berita Pilihan,Mutakhir,Tempatan

PIHAK bomba menerima panggilan pada jam 2.57 petang tadi sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi. – Foto ihsan pembaca

BEAUFORT: Dua maut selepas sebuah van dilanggar kereta api yang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Stesen Beaufort, berhampiran Kampung Memanjang di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang tadi dalam hujan lebat, ketika van yang dinaiki tujuh orang itu cuba melintasi landasan sebelum dilanggar kereta api jenis satu gerabak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Runzee Abd Thani ketika dihubungi berkata, dua yang maut adalah pemandu dan seorang penumpang wanita berumur 50-an yang tersepit dalam kenderaan terbabit.

Beliau berkata, lima lagi mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang ramai. “Pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.57 petang tadi sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi.

“Ketika tiba, mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital, manakala dua mangsa yang tersepit masih dalam kenderaan dan kami terpaksa memotong kenderaan terbabit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya.

Difahamkan, kira-kira 20 penumpang yang menaiki kereta api terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – BH Online

KEADAAN van yang remuk akibat dirempuh kereta api berhampiran Kampung Memanjang, Beaufort. – Foto ihsan pembaca

PIHAK bomba menerima panggilan pada jam 2.57 petang tadi sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi. – Foto ihsan pembaca

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan