Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 maut dalam kemalangan berasingan di Tawau

kemalangantawau

TAWAU: Dua maut dalam nahas berasingan di daerah ini, petang semalam, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah mengesahkan.

Beliau berkata nahas pertama membabitkan seorang pejalan kaki berlaku di Kilometer 6, Jalan Apas dekat sini apabila mangsa dilanggar oleh sebuah van ketika melintas jalan pada jam 1.27 tengahari.

“Mangsa yang dikenali sebagai Mulok Banuas, 59, dari Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Awang Besar berkata, kemalangan kedua berlaku kira-kira sejam kemudian melibatkan penunggang motosikal di Km 40 Jalan Tawau-Semporna.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang [email protected] Sailun, 39, merempuh pintu sebuah kereta yang dibuka oleh pemandu,” katanya.

Menurut Awang Besar pemandu itu dipercayai memberhentikan keretanya di sebelah kiri jalan sebelum membuka pintu menyebabkan mangsa yang menunggang di sebelah kanan tidak sempat mengelak.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Kedua-dua kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen


Berita Berkaitan