Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 mati, 2 cedera di barat Sydney

10:07am 08/03/2016 Pak Roshan 3 views Global
ANGGOTA polis khas dirakam bersiap sedia melepaskan tembakan ketika mengepung kawasan kejadian.

ANGGOTA polis khas dirakam bersiap sedia melepaskan tembakan ketika mengepung kawasan kejadian.

Sydney: Seorang lelaki bersenjata yang polis dakwa menembak mati seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain di sebuah premis perniagaan di sini ditemui mati dalam bangunan berkenaan, enam jam selepas polis mengepung premis itu, semalam.

Anggota polis menyerbu kilang membuat tanda isyarat di Ingleburn, kawasan perindustrian di barat daya Sydney itu.

Mereka menemui mayat lelaki berusia 33 tahun itu dengan kesan tembakan.

Dia dipercayai menembak dirinya sendiri.

Pegawai juga menemui tiga orang di dalam bangunan berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka dijadikan tebusan oleh penyerang terbabit atau bersembunyi sementara menunggu ketegangan berakhir.

Polis sebelum itu menerima laporan mengenai kejadian tembakan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Sebaik tiba di situ, mereka menemui tiga orang dengan kesan tembakan.

Seorang daripadanya, lelaki berusia 43 tahun, mati di tempat kejadian sementara seorang lagi terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di hospital.

Menurut laporan, ketiga-tiga lelaki itu adalah adik beradik dan kejadian berpunca daripada pergaduhan domestik, tiada kaitan dengan keganasan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan