Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 lelaki didakwa bunuh pelancong Perancis

SOMPORN (kiri) bersama rakannya Somkit.
SOMPORN (kiri) bersama rakannya Somkit.

Phuket: Dua pengawal kelab malam yang ditahan polis berkaitan kes kematian seorang pelancong Perancis di Soi Sansabai pada Rabu lalu didakwa atas tuduhan membunuh, kata polis semalam.

Polis memperkenalkan tertuduh, Somporn Kakkaew, 33, dan Somkit Lemut, 30, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Phuket.

Dalam sidang media berkenaan, polis turut menunjukkan pisau yang digunakan dalam serangan berkenaan serta pakaian yang dipakai mereka ketika kejadian.

Jurucakap polis berkata, mahkamah Phuket mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua lelaki berkenaan.

“Mereka juga didakwa atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh dan membawa senjata ke tempat awam tanpa permit,” katanya.

Kejadian berlaku apabila Somporn yang menunggang motosikal melanggar pelancong Perancis, Akim Boukheddouma, 24, dan rakannya dari Maghribi, Said Missoury, 23.

Somporn mengaku kepada polis dia bertengkar dengan pelancong berkenaan sebelum pergaduhan tercetus.

Somkit kemudian datang bagi membantu rakannya itu, tetapi Somporn bertindak mengeluarkan pisau dan menikam Boukheddouma. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan